Saturday, December 25, 2010

Sedikit Berkenaan Yayasan AL- Jenderami......

Yayasan AL- Jenderami




Madrasah Islamiah Jenderam Hilir yang berkonsepkan perkampungan pondok dan madrasah dibuka dari ilham Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz bin Haji Selamat serta berkat guru dan alim ulama’ terdahulu di sekitar Hulu Langat seperti Tuan Guru Haji Hashim dan Tuan Guru Haji Muhammad Zain. Matlamat utama penubuhan MIJH adalah untuk menghidupkan semula ‘Peradaban Ilmu Wal Ulama’ iaitu menghidupkankan adab-adab dan ketinggian ilmu dan seterusnya melahirkan ulama’ yang mahir ilmu agama.

Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz dan beberapa sahabat beliau serta beberapa kakitangan UDA telah membeli tanah asal seluas 3.59 ekar secara perkongsian dari Bank Islam melalui ‘Bithamin Ajil’ dengan nilai RM 95 000. Kawasan ini telah diperluaskan sehingga 20 ekar yang mempunyai 5 fasa pembangunan di mana sebahagian kawasan seluas 1.7 ekar diwakafkan untuk pembelajaran kitab umumi dan khususi. Pada peringkat awal sekitar tahun 1985 hanya mudir dan beberapa orang muridnya sahaja tinggal di perkampungan ini tetapi menjelang tahun 2000 jumlah rumah bertambah kepada 50 buah dengan 250 orang penduduk termasuk kanak-kanak.

Pentadbiran MIJH mempunyai organisasi yang sistematik, teratur dan terancang. Sistem pentadbiran ini berdasarkan pimpinan seorang mudir dan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang merupakan amalan pentadbiran perkampungan pondok yang telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Mudir iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz merupakan pengerusi madrasah dan organisasi pentadbiran telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Jawatankuasa Qariah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Yusof Tan dan Jawatankuasa Madrasah yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz.

Pelbagai program disediakan untuk memenuhi keperluan penduduk dan masyarakat sekeliling. Secara amnya program utama terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Wednesday, December 22, 2010

Sama- Sama kita Berdoa

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,


YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…

Bagi mereka yang dah smpai seru....tgok la...semua boleh tgok..tp jgn tgok je, amik pengajaran..k

Tinggalah Kenangan



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak asing lagi bagi ku…selama 4 tahun ku berada disi, kini tiba masanya untuk ku berhijrah ke destinasi seterusnya…..Banyak kenangan ku disni…
kalw nk tahu berkenaan nagan usim ni..sila klik  http://www.usim.edu.my/usim . dalam ni sume ad pasal usim..mana la tau ada yang berkenan nk masuk usim ke....serba sedik la pasal usim, boleh dikatakan international university, bahasa pengantaraan B.Arab n B.I..BM diharam kan sma sekala, tp slamber je cakap klate..haha....byk jurusan yang d twar kan, syariah n undng2, fiq fatwa, dakwah dan pengurusan islam, kaunseling, communikasi, quran multimedia, pendek kate bayak lagi la....

Peringatan Bersama

PETUA IMAM SYAFIE

sikit announcement...

sahabat....
jika ada nk kongsi pepe,coment2 laye...kite sma2 share info.....

Pembersihan jiwa ........

KEBAHAGIAAN seseorang Muslim banyak bergantung kepada bagaimana ia menyucikan dan membersihkan jiwa raganya. Manakala kecelakaan bagi dirinya juga terjadi bilamana jiwa tidak dipelihara dan dicemari oleh perkara keji dan kotor. Allah menegaskan perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (As-Syams : 9 – 10).
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya: Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku mereka itulah yang enggan.”
Kehidupan
Persoalannya sekarang, apakah itu jiwa? Menurut Kamus Dewan jiwa merupakan nyawa, roh dan unsur batin seperti perasaan, fikiran dan cita-cita yang terkandung dalam hati manusia. (1998 : 540 ). Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa bagi mendapat matlamat hidup dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, haruslah menuruti beberapa langkah seperti berikut :


Taubat
Muraqabah
Muhasabah
Mujahadah
Takwa