tag:blogger.com,1999:blog-66524039830463097232024-02-20T07:01:38.173-08:00Optimis Untuk BerubahEmpower Your Inner SelfPutera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-34435518168511759432010-12-25T19:33:00.000-08:002010-12-25T19:39:59.921-08:00Sedikit Berkenaan Yayasan AL- Jenderami......Yayasan AL- Jenderami
Madrasah Islamiah Jenderam Hilir yang berkonsepkan perkampungan pondok dan madrasah dibuka dari ilham Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz bin Haji Selamat serta berkat guru dan alim ulama’ terdahulu di sekitar Hulu Langat seperti Tuan Guru Haji Hashim dan Tuan Guru Haji Muhammad Zain. Matlamat utama penubuhan MIJH adalah untuk menghidupkan semula ‘Peradaban Ilmu Wal Ulama’ iaitu menghidupkankan adab-adab dan ketinggian ilmu dan seterusnya melahirkan ulama’ yang mahir ilmu agama.
Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz dan beberapa sahabat beliau serta beberapa kakitangan UDA telah membeli tanah asal seluas 3.59 ekar secara perkongsian dari Bank Islam melalui ‘Bithamin Ajil’ dengan nilai RM 95 000. Kawasan ini telah diperluaskan sehingga 20 ekar yang mempunyai 5 fasa pembangunan di mana sebahagian kawasan seluas 1.7 ekar diwakafkan untuk pembelajaran kitab umumi dan khususi. Pada peringkat awal sekitar tahun 1985 hanya mudir dan beberapa orang muridnya sahaja tinggal di perkampungan ini tetapi menjelang tahun 2000 jumlah rumah bertambah kepada 50 buah dengan 250 orang penduduk termasuk kanak-kanak.
Pentadbiran MIJH mempunyai organisasi yang sistematik, teratur dan terancang. Sistem pentadbiran ini berdasarkan pimpinan seorang mudir dan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang merupakan amalan pentadbiran perkampungan pondok yang telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Mudir iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz merupakan pengerusi madrasah dan organisasi pentadbiran telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Jawatankuasa Qariah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Yusof Tan dan Jawatankuasa Madrasah yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz.
Pelbagai program disediakan untuk memenuhi keperluan penduduk dan masyarakat sekeliling. Secara amnya program utama terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
http://www.aljenderami.com.my
1.Program asas berteraskan pendidikan:
Kelas tadika Islam untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun.
Kelas Pra-Pondok untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun.
Pondok Warga Tua untuk warga tua lelaki dan perempuan.
Madrasah Sanawi Lil Banat yang dikhususkan untuk pelajar perempuan yang menekankan ilmu diniah, perkakasan, akademik dan kemahiran hidup.
Pengajian kitab Umumi yang dibuka kepada ahli qariah dan penduduk setempat. Berkisar kepada pengajian Ilmu tauhid, feqah, tasauf, tafsir dan huraian hadis.
Pengajian khususi bagi pelajar pondok lelaki berumur 13 tahun keatas yang belajar secara sepenuh masa.
Menyediakan guru-guru yang boleh mengajar kitab bagi memenuhi permintaan di kawasan-kawasan luar madrasah.
2.Program dakwah dan kemasyarakatan:
Kursus dan khidmat pengurusan jenazah.
Kursus latihan imam dan bilal.
Kursus Kemahiran hidup untuk belia.
Program ziarah ulama’, makam, pusat-pusat pengajian dan negara-negara Islam lain.
Program rehlah untuk ahli qariah.
Kem Bina Insan untuk pelajar berusia 10 hingga 15 tahun.
Program sambutan Maulud di madrasah dan di luar atas undangan.
3.Program-program Lain:
Gotong-royong membersihkan persekitaran madrasah dan kampung sebulan sekali
Program jualan muslimat mengikut kumpulan.
Jualan lelong untuk kutipan duit membantu pihak yang memerlukan.
Pembacaan Yassin, tahlil dan ratib setiap malam Jumaat.
Program belia dan anak-anak kampung seperti silat, kelas tambahan dan senaman.
Aktiviti ekonomi seperti koperasi, pasar segar dan warung.
Dalam usaha menjayakan matlamat penubuhan, MIJH tidak lari dari menghadapi pelbagai mehnah dan cabaran samada secara zahiriah mahupun batiniah:
Politik. Arus politik di Malaysia pada hari ini banyak berkisar kepada pertentangan antara golongan sekular dan agama. Hal ini memberi tempias kepada golongan yang mahu mengamalkan cara hidup Islam berasaskan ilmu dan bukan berasaskan gerakan harakah.
Fitnah. Penubuhan MIJH dalam era pertumbuhan gerakan dan badan dakwah telah membawa spekulasi dan persepsi negatif kepada konsep yang cuba diperjuangkan.
Halangan dunia, manusia, nafsu dan rezeki. Kesemua faktor yang disebutkan ini boleh menyebabkan kurangnya tawakal dan taqwid dalam diri seseorang. Selain dari yang disebutkan banyak lagi cabaran dan ujian yang telah, sedang dan akan dilalui oleh MIJH dalam merealisasikan matlamat kewujudan institusi ini.
Adalah menjadi harapan kepada Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz sebagai mudir dan pengasas tertubuhnya madrasah ini bahawa MIJH akan:
1.Menjadi pusat kepada:
Dua’fa’ ilmu kepada orang yang jahil
Dua’fa’kasih sayang bagi yang ketandusan kasih-sayang
Dua’fa’ rezeki bagi yang kesempitan hidup
Dua’fa’ kejiwaan bagi yang rindukan amalan zikir, qasidah, wirid dan sebagainya
Dua’fa’ bagi yang mencari jalan agama serta tidak putus asa dalam mencari jalan agama yang sebenar.
2.Pusat kelahiran alim agama
MIJH akan menjadi mahsyur bukan kerana sebab yang lain, melainkan kerana ketinggian ilmu serta mampu melahirkan mereka yang beramal dengan ilmu malahan boleh pula mengajarkan ilmu tersebut.
3.Model
MIJH boleh dijadikan model sistem perkampungan pondok dan madrasah bagi mereka yang mempunyai cita-cita untuk membina madrasah dan perkampungan seumpamanya.
4.Perintis
Perintis kepada pembukaan cawangan MIJH di tempat-tempat lain seperti yang telah dibina di Kampuchea untuk menegakkan iktikad ahli Sunnah wal Jamaah.
Kini, bukti kejayaan penubuhan MIJH telah mula tampak, perkara utama yang perlu ditekankan ialah mengisi kejayaan tersebut dengan berusaha mengekalkan matlamat utama MIJH ditubuhkan. Semoga usaha ikhlas ini diberkati Allah dan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung akan mendapat barakah penghidupan di dunia dan akhirat.
Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-74857808065305828172010-12-22T18:51:00.000-08:002010-12-22T18:53:18.457-08:00Sama- Sama kita Berdoa
Doa Rabitah
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-15821225962901908022010-12-22T10:28:00.000-08:002010-12-22T10:28:09.803-08:00Bagi mereka yang dah smpai seru....tgok la...semua boleh tgok..tp jgn tgok je, amik pengajaran..k
Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-16640652210854713992010-12-22T09:55:00.000-08:002010-12-22T23:17:30.933-08:00Tinggalah Kenangan
<m:smallfrac m:val="off"> <m:dispdef> <m:lmargin m:val="0"> <m:rmargin m:val="0"> <m:defjc m:val="centerGroup"> <m:wrapindent m:val="1440"> <m:intlim m:val="subSup"> <m:narylim m:val="undOvr"> </m:narylim></m:intlim> </m:wrapindent> </m:defjc></m:rmargin></m:lmargin></m:dispdef></m:smallfrac>
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak asing lagi bagi ku…selama 4 tahun ku berada disi, kini tiba masanya untuk ku berhijrah ke destinasi seterusnya…..Banyak kenangan ku disni…
kalw nk tahu berkenaan nagan usim ni..sila klik http://www.usim.edu.my/usim . dalam ni sume ad pasal usim..mana la tau ada yang berkenan nk masuk usim ke....serba sedik la pasal usim, boleh dikatakan international university, bahasa pengantaraan B.Arab n B.I..BM diharam kan sma sekala, tp slamber je cakap klate..haha....byk jurusan yang d twar kan, syariah n undng2, fiq fatwa, dakwah dan pengurusan islam, kaunseling, communikasi, quran multimedia, pendek kate bayak lagi la....
Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-25697812867186898702010-12-22T09:48:00.001-08:002010-12-22T20:59:25.206-08:00Peringatan Bersama
PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-775253725674204042010-12-22T07:52:00.000-08:002010-12-22T07:52:15.057-08:00sikit announcement...sahabat....
jika ada nk kongsi pepe,coment2 laye...kite sma2 share info.....Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6652403983046309723.post-32245859774321704362010-12-22T06:53:00.000-08:002010-12-22T06:54:59.812-08:00Pembersihan jiwa ........KEBAHAGIAAN seseorang Muslim banyak bergantung kepada bagaimana ia menyucikan dan membersihkan jiwa raganya. Manakala kecelakaan bagi dirinya juga terjadi bilamana jiwa tidak dipelihara dan dicemari oleh perkara keji dan kotor. Allah menegaskan perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (As-Syams : 9 – 10).
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya: Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku mereka itulah yang enggan.”
Kehidupan
Persoalannya sekarang, apakah itu jiwa? Menurut Kamus Dewan jiwa merupakan nyawa, roh dan unsur batin seperti perasaan, fikiran dan cita-cita yang terkandung dalam hati manusia. (1998 : 540 ). Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa bagi mendapat matlamat hidup dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, haruslah menuruti beberapa langkah seperti berikut :
<m:smallfrac m:val="off"> <m:dispdef> <m:lmargin m:val="0"> <m:rmargin m:val="0"> <m:defjc m:val="centerGroup"> <m:wrapindent m:val="1440"> <m:intlim m:val="subSup"> <m:narylim m:val="undOvr"> </m:narylim></m:intlim> </m:wrapindent> </m:defjc></m:rmargin></m:lmargin></m:dispdef></m:smallfrac>
1. Taubat. Taubat bermaksud mengosongkan diri daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan sepanjang umurnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…” (At-Tahrim: 8).
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari.”
Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha.
2. Muraqabah. Muraqabah bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Tuhan pada setiap detik dan ketika, dan berasa yakin bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Bilamana seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah s.w.t., berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah ia akan sentiasa ingat dan waspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak.
Kebaikan
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Luqman : 22).
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.”
Ulama salaf as-soleh, Sufyan as-Sauri berkata: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”
3. Muhasabah. Muhasabah bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian, sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah maksiat. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka segeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat serta menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr : 18)
Umar al-Khattab pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Di dalam kehidupan ini, seharusnya manusia memerhatikan perihal ketaatan, kemaksiatan, faktor-faktor yang merugikan dan faktor-faktor yang menguntungkan dirinya setiap masa. Dalam perkara menghitung diri ini, ada baiknya juga seseorang individu itu mempunyai borang harian atau pertanyaan-pertanyaan diri bagi tujuan mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri dalam amal ibadah kepada Allah s.w.t. Andai tidak berkesempatan, memadailah bertanya diri sendiri apakah hari ini, lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah telah tertunai ?
4. Mujahadah. Mujahadah bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang senantiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar. Allah s.w.t. menjanjikan bahawa sesiapa yang bermujahadah, maka ia akan diberi petunjuk jalan-jalan Allah. Dan Allah s.w.t. akan tetap bersama orang yang baik. Hawa nafsu yang ada pada manusia itu berupa satu cabaran kepada kekuatan iman dan pemikiran kita dalam menentukan keputusan tindakan kita. Andai jalan yang baik dipilih, maka bersihlah jiwa kita dan andai tewas dengan kemahuan hawa nafsu amarah itu, maka semakin kotorlah jiwa kita di sisi Allah s.w.t.
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu tidak akan dapat mengawal hawa dan nafsunya sekiranya ia mengharapkan ada orang lain yang akan mengawalnya. Ia tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya ia tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Kawalan dari dalam diri sendiri itu adalah yang terpenting, seperti pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Takwa
Selain itu, pendekatan diri dengan Allah s.w.t. adalah penting agar kekuatan dapat dibina sekukuhnya dengan wujudnya iman dan takwa setiap diri. Apabila seorang insan itu mempunyai iman dan takwa yang tertanam kukuh dalam dirinya, maka syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya untuk mengikut kata nafsu jahat yang dapat merosakkan diri.
Dengan dua senjata inilah, seorang insan itu akan mampu mengalahkan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan musuh utama setiap manusia yang bernyawa. Apabila kita menjadi insan yang bertakwa, maka kita tidak akan menghampiri segala jenis kekejian yang boleh merosakkan kita. Bisikan syaitan dan hawa nafsu akan dapat kita tepis. Kalau ki-ta takutkan Allah, bermaksud kita takutkan hukuman Allah, takutkan neraka Allah, takutkan seksa Allah di alam kubur dan di akhirat kelak. Apabila kita benar-benar percaya dan yakin dengan seksaan Allah, maka kita tentunya tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.
Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa membersihkan jiwa dan mengawasinya daripada perkara-perkara keji dan mungkar agar kita beroleh kejayaan berupa syurga Allah yang kekal abadi. Allah s.w.t. berfirman: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” An-Naazi’at : 40 -41).
Putera Lutfihttp://www.blogger.com/profile/03947945883019717128noreply@blogger.com0